NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Pemandu Lamborghini Maut Terbakar

Seorang Pemandu Lamborghini Maut Terbakar

Seorang lelaki ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan jenis Lamborghini Huracan yang dipandunya selepas terbabas di Kilometer (KM) 57 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, kejadian terjadi sekitar jam 9.45 pagi dan mangsa yang dikenali sebagai Fung Swee Yen, 62, telah terperangkap di dalam kereta lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan ke arah Bentong dari Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar tembok, menggelusur ke longkang kiri jalan menyebabkan kereta itu berpusing dan terbakar.

“Penumpang kenderaan iaitu seorang wanita berusia 47 tahun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Wanita terbabit merupakan rakan mangsa dan telah berjaya dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan dan telah berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang melihat atau mengetahui apa-apa berkenaan kemalangan terbabit, diminta untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

“Kita juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta mematuhi had laju yang ditetapkan,” tambahnya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy