NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Nahas 2 Lori di PLUS, Seorang Kelindan Maut Tersepit

Nahas 2 Lori di PLUS, Seorang Kelindan Maut Tersepit

Seorang kelindan lori maut, manakala pemandunya cedera selepas kenderaan mereka dipercayai dilanggar sebuah lori di Kilometer 245.1, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, pagi Rabu.

Mangsa berusia 25 tahun itu dilaporkan tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan, manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.05 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan dua buah lori di mana sebuah membawa ais dan dipercayai telah dilanggar sebuah lagi lori yang telah tiada di lokasi kejadian.

Katanya, terdapat dua mangsa lelaki, seorang kelindan berumur 25 tahun tersepit dan disahkan maut.

Seorang lagi mangsa, pemandu berumur 40 tahun, yang mengalami kecederaan pada kaki dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan segera.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy