NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bantuan RM200 Sebulan Cukup untuk 80% Pemohon Budi Madani – MOF

Bantuan RM200 Sebulan Cukup untuk 80% Pemohon Budi Madani – MOF

Melalui skim Budi Madani, Kementerian Kewangan yakin bahawa kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan negara menerusi pemberian bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada penerima yang layak selepas penyasaran subsidi diesel dimulakan pada bulan lepas.

Memetik dari jawapan bertulis di laman sesawang parlimen, dikatakan bahawa bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan adalah mencukupi dan dapatan hasil ini telah dikaji terlebih dahulu bersama dengan pelbagai pihak berkepentingan, pemilik kenderaan, pakar ekonomi serta industri.

“Berdasarkan data daripada Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) berkaitan perbelanjaan bulanan bahan bakar diesel isi rumah, dianggarkan RM200 adalah jumlah mencukupi untuk menampung kos diesel bulanan tambahan bagi 80 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia,” tulis kenyataan itu lagi.

Penambahbaikan dari masa ke semasa akan dibuat dan MOF akan sentiasa memantau situasi semasa bagi memastikan golongan yang benar-benar layak mendapat bantuan yang sepatutnya dari kerajaan. Seramai 76,000 orang telah menerima bayaran pertama pada bulan lalu dari 100,000 orang pemohon Budi Madani.

 

Sumber : Bernama | Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy