NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) Tak Lama Lagi di Malaysia untuk Kereta Berharga RM200,000 ke Atas

Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) Tak Lama Lagi di Malaysia untuk Kereta Berharga RM200,000 ke Atas

Memetik dari The Star, Kementerian Kewangan kini sedang memperhalusi dasar dan rangka kerja perundangan untuk melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei tahun ini.

Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong mengenai status HVGT, kementerian tersebut menyatakan bahawa mereka sedang mengolah semula rang undang-undang tersebut untuk memastikan cukai itu dilaksanakan dengan teratur dan telus.

Kementerian itu juga menyebut bahawa pelaksanaan cukai tersebut akan selaras dengan “amalan dan prinsip percukaian antarabangsa” tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi dan “kesejahteraan” rakyat. Tarikh baru pelaksanaan HVGT akan diputuskan oleh kabinet.

Kelewatan itu dilaporkan berpunca daripada perselisihan mengenai definisi barangan bernilai tinggi dan julat harga barangan yang akan dikenakan cukai. Pada mulanya, kerajaan merancang untuk mengenakan cukai ke atas barang kemas melebihi RM10,000, jam tangan melebihi RM20,000, dan kereta yang berharga lebih RM200,000 pada kadar 5 hingga 10 peratus.

 

Sumber : The Star | Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy