NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lesen Pengendali Bas Nahas di Genting Highlands Dibatalkan APAD

Lesen Pengendali Bas Nahas di Genting Highlands Dibatalkan APAD

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah membatalkan lesen pengendali bas nahas yang terbalik di Genting Highlands serta-merta termasuklah dengan semua permit yang telah dikeluarkan oleh syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd sebelum ini.

Semakan bersama agensi berkaitan oleh Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) telah dilakukan dan membuat keputusan selepas mendapati syarikat tersebut memiliki rekod saman lampau yang tinggi.

“Ditegaskan sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Pihak APAD menegaskan bahawa mereka memandang serius insiden kemalangan terbabit kerana telah mengorbankan 2 pelancong warga China.

“APAD sekali lagi ingin menegaskan pendirian untuk tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya.

“Pemeriksaan audit pematuhan dan keselamatan ke atas pengendali yang berisiko tinggi akan dipergiatkan untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa diutamakan,” ujar APAD.

Syarikat pengendali juga diingatkan agar sentiasa memantau prestasi pemandu dan memastikan keadaan pemandu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy