Chery Auto Malaysia telah melancarkan pembukaan ruang pamerannya dan pusat servis yang diuruskan sepenuhnya oleh Lesydear Automobile Sdn Bhd, rakan pengedarnya di Selangor.

Berkeluasan sebanyak 1,400 meter persegi, pusat 3S baru ini terletak di No.2 Jalan BP 4, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor. Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis. Selain itu, ia turut didatangkan dengan 12 ruang servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery.

“Dengan pembukaan pusat 3S ini telah membenarkan kami untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan di kawasan yang strategik dan hab bisnes di Puchong,” kata Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen, ketika pelancaran.

Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam (Isnin – Sabtu), 10 pagi hingga 6 petang (Ahad) manakala pusat servis dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?