Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mula melaksanakan sistem e-Invois bermula 1 Ogos ini untuk mencegah amalan pinjaman penuh bagi individu yang ingin membeli kereta. Pakar menjangkakan bilangan jumlah kenderaan yang dijual akan berkurangan kerana hampir sebilangan besar rakyat Malaysia menggunakan pinjaman penuh untuk membeli kereta.
Walau bagaimanapun, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan yang sebaliknya. Melalui satu wawancara Paultan bersama dengan Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, Bank Negara telah menetapkan jumlah minimum untuk bayaran pendahuluan yang perlu dipatuhi oleh syarikat kereta dan juga bank.
Untuk menangani situasi ini, banyak pilihan pembiayaan yang lebih fleksibel telah diperkenalkan oleh institusi kewangan. Sebagai contoh, step-up financing iaitu bayaran rendah semasa permulaan dan seterusnya menaik untuk mencegah dari individu tersebut mengambil pinjaman penuh.
“Saya percaya, apabila sudah dilaksana (e-invois), akan ada program dan pakej yang diperkenalkan oleh bank,” kata Shamsor.
Selain itu, masih ada bank yang menawarkan pinjaman penuh kepada penjawat awam untuk membeli kereta. MAA juga memandang baik dan menyokong akan usaha kerajaan untuk melaksanakan skim e-Invois ini.
“Kami rasa, pelaksanaan e-invois ini akan membawa perubahan positif kepada kecekapan dan ketelusan,” kata Shamsor.
Sumber : Paultan