NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Motosikal Bertembung Kereta, Seorang Remaja Lelaki Maut Tercampak

Motosikal Bertembung Kereta, Seorang Remaja Lelaki Maut Tercampak

Sebuah kemalangan di antara motosikal dan kereta telah berlaku di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching di mana seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal tersebut telah tercampak lalu disahkan meninggal dunia.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin, remaja tersebut berusia 17 tahun dan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC sekitar jam 7.20 pagi tadi.

“Siasatan dijalankan mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju Kuala Selangor memotong sebuah kenderaan lain yang berada di hadapannya.

“Kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian tercampak ke sebelah kiri jalan akibat dari pertembungan bersama kereta tersebut.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy