NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kutipan Tol Seksyen 11 WCE Akan Mula Dilaksanakan pada 24 Julai

Kutipan Tol Seksyen 11 WCE Akan Mula Dilaksanakan pada 24 Julai

Kutipan tol akan mula dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini di jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas.

Sejak jajaran itu dibuka dan dirasmikan pada 12 Mac, jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu telah beroperasi secara percuma kepada semua pengguna lebuhraya tersebut.

Kutipan tol akan dilaksanakan seperti biasa iaitu melalui kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Memetik dari kenyataan rasmi WCE di Bernama, kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 94 sen hingga RM39.36. Semua pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa baki kad Touch N Go atau e-wallet bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui tol.

Lebuhraya WCE yang keseluruhannya bernilai RM5 bilion ini merupakan lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.

Dengan pembukaan jajaran Seksyen 11 ini, ia dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas kepada 20 minit berbanding dengan laluan biasa iaitu 55 minit.

 

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy