Remaja Wanita Maut Digilis Sebuah Kereta, Motosikal Terlanggar Lubang

Seorang remaja wanita maut selepas motosikalnya hilang kawalan akibat terlanggar sebuah lubang lalu terjatuh dan telah digilis oleh sebuah kereta di Jalan Ipoh-Lumut semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan terjadi sekitar jam 1.05 petang dan mangsa yang cedera parah telah dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Besar Batu Gajah lalu telah disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Ipoh ke Batu Gajah. Apabila sampai di tempat kejadian, dia terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan dan melanggar fender kiri hadapan sebuah kereta di laluan sama.

“Kereta itu dipandu seorang wanita berusia 40 tahun. Mangsa terjatuh di atas jalan dan dipercayai telah digilis kereta tersebut. Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa dibawa ke Hospital Besar Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan cedera parah di paha kanan,” katanya.

Pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan dan telah menyebabkan kematian.

 

Sumber : Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD