NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Feri Ikonik Pulau Pinang Tenggelam, Akan Dilupuskan

Feri Ikonik Pulau Pinang Tenggelam, Akan Dilupuskan

Sebuah feri ikonik yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), dilaporkan telah tenggelam separuh bahagian pada pagi tadi.

Insiden ini terjadi sekitar jam 3.26 pagi tadi di mana Feri Pulau Kapas itu disedari berada dalam keadaan senget lalu tenggelam disebabkan tali yang mengikat feri ini telah putus kerana angin yang kuat.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin, sebelum ini feri tersebut telah mengalami kebocoran dan dilaporkan tidak boleh dibaiki lagi.

“Siasatan yang dilaksanakan pada awal pagi mendapati feri itu karam separuh bahagian saja memandangkan air laut masih surut. Namun, SPPP sudah mengambil tindakan segera dengan menambah tali mengikat feri dan memasang ‘iol boom’  bagi mencegah sebarang tumpahan minyak daripada bilik enjin,” katanya.

Feri ikonik ini telah dibina pada tahun 1981 dan telah ditamatkan operasinya pada 31 Mei 2020, lalu ditempatkan di PSAH, kata Yeoh.

“Disebabkan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dijalankan lagi kerana pereputan yang serius serta tidak dapat diapungkan, SPPP memutuskan untuk melupuskan feri-feri ikonik ini dengan kadar segera,” tambah beliau.

 

Sumber : Berita Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy