NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pelaksanaan Lesen B2 kepada B Akan Diumumkan Tak Lama Lagi – Loke

Pelaksanaan Lesen B2 kepada B Akan Diumumkan Tak Lama Lagi – Loke

Pelaksanaan Lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan tak lama lagi oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan sudah membuat keputusan mengenai cadangan tersebut.

“Nanti saya akan umumkan, sudah ada keputusan (B2 kepada B penuh). Tetapi saya akan umumkan hari kemudian bukan hari ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menerangkan bahawa antara syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan ialah mengambil kira individu berumur 35 tahun ke atas dan tempoh memiliki lesen kenderaan.

 

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy