Menurut AmInvestment Bank, sektor automobil bakal mendapat keuntungan selepas semakan gaji penjawat awam dilakukan. Hal ini kerana, kuasa membeli yang lebih tinggi dan lebih mudah untuk menerima kelulusan bank kepada 1.5 juta penjawat awam.
Dengan mengambil kira faktor tersebut, AmInvestment Bank telah membuat semakan ke atas jumlah volum industri (TIV) pada 2024 kepada 750,000 berbanding 740,000 sebelum ini.
“Gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan yang lebih baik dan kami percaya pembiaya pinjaman kereta dengan senang hati akan meluluskan pemohon pinjaman baharu.
“Kami yakin Perodua serta Proton akan menikmati permintaan yang lebih besar memandangkan mereka merupakan jenama paling popular dalam kalangan penjawat awam,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, telah memberi bayangan bahawa menjelang akhir tahun 2024, kenaikan sebanyak 43 peratus gaji penjawat awam akan dilaksanakan. Butiran akhir akan diumumkan esok, 16 Ogos.
Tambah AmInvestment Bank lagi, beberapa penerima akan menerima manfaat utama iaitu MBM Resources (20% dalam Perodua), Sime Darby (38% dalam Perodua) dan DRB HICOM (50% dalam Proton).
Ini bakal menaikkan unjuran pendapatan MBM Resources bagi tahun kewangan 2024 kepada tahun kewangan 2026 masing-masing sebanyak 3.0 peratus, 5.2 peratus dan 3.7 peratus, berdasarkan jangkaan semakan gaji kakitangan awam yang bakal melonjakkan jualan kereta terutama bagi segmen kereta mampu milik iaitu model Perodua Axia dan Bezza, kata bank pelaburan itu lagi.
Sumber : Bernama
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?