Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, berjaya menamatkan pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Le Mans dengan meraih tempat di podium pada Ahad, semalam.
Pelumba berusia 17 tahun itu berjaya meraih tempat ketiga dalam kelompok tiga terbaik dan berjaya mencatat masa sebanyak 25 minit 21.768 saat (s).
“Alhamdulillah, syukur saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Le Mans untuk Pusingan 2 hari ini. Permulaan yang baik pada awal perlumbaan apabila saya mula good start untuk berada dalam kelompok hadapan. Saya juga cuba untuk memimpin perlumbaan dalam beberapa ketika bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan.
“Pada lap terakhir, saya cuba untuk menang tapi dipintas dua pelumba P4. Saya hanya sempat memintas seorang pelumba sahaja dan berjaya tempatkan diri di podium. Untuk pusingan di Mugello, saya akan buat lebih baik dari hari ini,” kata juara Asia 2022 yang turut berterima kasih kepada pasukan ZK Racing, SIC, Terengganu Incorporated dan Red Bull Rookies.
Perlumbaan tersebut telah dimenangi oleh Maximo Quiles dari Sepanyol dan Alvaro Carpe yang juga dari Sepanyol untuk Naib Juara.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?