passionately driven

Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau – Kerjasama Antara Tesla dan Malaysia

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini.

Menerusi perbincangan dengan delegasi Tesla Malaysia semalam, Tesla menekankan sokongan terhadap ekosistem tempatan dengan melibatkan sembilan syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV.

Selain itu, syarikat tersebut juga menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk pemindahan ilmu dan pembangunan modal insan.

“Semoga usaha bersama ini terus berkembang, membawa manfaat besar kepada ekonomi, teknologi, dan tenaga lestari negara kita,” menurut posting beliau di Facebook.

Kemajuan dan pelaksanaan Skim AP Peneraju Global Battery Electric Vehicle (BEV) menjadi fokus utama perbincangan mereka semalam, tambah Tengku Zafrul.

Setakat akhir Julai 2024, Tesla telah berjaya memasang 52 unit pengecas Supercharger dengan kapasiti 250KW, 54 unit pengecas Wall Connector AC, dan lebih 4,500 unit pengecas rumah di Semenanjung Malaysia.

Tengku Zafrul berkata, menerusi pelaburan yang mencecah AS$13.5 juta (RM59.06 million), Tesla menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan infrastruktur pengecasan EV di negara kita.

“Kami juga berbincang mengenai potensi besar teknologi penyimpanan tenaga bateri yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan tenaga dan kestabilan grid elektrik Malaysia.

“Teknologi ini berpotensi untuk mengurangkan kos tenaga dan memperkukuhkan infrastruktur tenaga nasional kita,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD