NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lebuhraya WCE Jajaran Banting-SKVE Rasmi Dibuka Tengah Malam Ini – Pengecualian Tol Selama Sebulan

Lebuhraya WCE Jajaran Banting-SKVE Rasmi Dibuka Tengah Malam Ini – Pengecualian Tol Selama Sebulan

Seksyen 1 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting sehingga ke persimpangan bertingkat SKVE kini rasmi telah dibuka untuk orang ramai.

Ia telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini dalam satu majlis pelancaran Lebuhraya WCE bagi Seksyen 1 di Plaza Tol Banting.

Jajaran sepanjang 12.5 kilometer di Seksyen 1 bermula dari Jalan Dengkil – Banting sehingga ke Lebuhraya SKVE terlibat dalam Lebuhraya WCE ini. Orang ramai terutamanya pengguna di sekitar Banting kini boleh menggunakan laluan alternatif ini untuk ke bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang.

Selain itu, syarikat pengangkutan barang dan syarikat-syarikat perindustrian terutamanya yang membawa barang dari Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Lumut ke Lapangan Terbang KLIA juga kini boleh menjimatkan kos pengangkutan dengan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 ini.

Lebuhraya WCE yang keseluruhannya bernilai RM5 bilion ini merupakan lebuhraya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.

Seksyen 1 Lebuhraya WCE ini akan mula dibuka mulai tengah malam ini, pada 12.01 pagi dan diberikan pengecualian tol selama sebulan sehingga 29 September depan, pada 11.59 malam.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy