NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Beradik Rentung Dalam Nahas 3 Buah Kenderaan

Dua Beradik Rentung Dalam Nahas 3 Buah Kenderaan

3 buah kenderaan telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kapayan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan telah menyebabkan dua beradik rentung di dalam kemalangan tersebut. Kedua-dua mangsa merupakan wanita berusia 20-an dan menaiki kenderaan jenis Perodua Axia sekitar jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, kenderaan lain yang terlibat merupakan sebuah pikap trak jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 20-an dari arah Tanjung Aru menghala ke Putatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pacuan empat roda yang berada di lorong kanan telah melanggar Perodua Axia yang dinaiki dua wanita terbabit.

“Akibat kejadian itu menyebabkan kereta mangsa berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva sebelum terbabas ke bahu jalan berdekatan jejantas lalu terbakar,” katanya.

Kedua-dua mangsa telah berjaya dibawa keluar oleh pihak bomba dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh seorang doktor dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

“Sementara itu, pemandu pacuan empat roda tersebut telah ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 44(1)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy