Pemandu dan tujuh penumpang sebuah bas henti-henti di sini, berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka dinaiki itu terbakar di Jalan Kuala Ketil, di sini petang semalam.
Mereka semua sempat menyelamatkan diri dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bas terbabit bagaimanapun musnah terbakar.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.
Tambahnya, sepasukan anggota dari balai berkenaan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yazid Ismail tiba di lokasi kejadian bersama 10 anggota tidak lama selepas itu.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran itu membabitkan sebuah bas dari Baling menuju ke Sungai Petani yang membawa tujuh penumpang dan seorang pemandu.
“Semua mereka terselamat selepas berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.
Ismail berkata bantuan dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) tiba terlebih dulu di lokasi kejadian sebelum kehadiran pihaknya.
“Api berjaya dikawal pada jam 4.57 petang dan dipadam sepenuhnya sejurus selepas itu. Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber : Buletin TV3
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?