NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kadar Tol Mungkin Boleh Dikurangkan Jika Kawal Kos Pembangunan Lebuh Raya – PM Anwar

Kadar Tol Mungkin Boleh Dikurangkan Jika Kawal Kos Pembangunan Lebuh Raya – PM Anwar

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar, jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal, terutamanya amalan ketirisan dan rasuah tidak berlaku, kadar tol mungkin akan dapat dikurangkan.

Tambah Anwar, kos pembangunan lebuh raya didapati meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang perlu dikeluarkan semasa proses untuk mendapat kelulusan, menurut laporan Bernama.

“Ini mesti dihentikan. Saya percaya Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk projek yang seterusnya, pastikan kelulusan disegerakan. Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan merasakan ini (projek lebuh raya) projek rakyat,” katanya.

Turut hadir bersama adalah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy