NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Remaja Cedera, Kereta Terjunam Selepas Tertekan Pedal Minyak dari Parkir Terminal 1

Seorang Remaja Cedera, Kereta Terjunam Selepas Tertekan Pedal Minyak dari Parkir Terminal 1

Seorang remaja lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terjunam dari tingkat 1 kawasan parkir Terminal 1 akibat tertekan pedal minyak dan telah menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga di bawah semalam.

Kejadian terjadi sekitar jam 11.45 pagi dan remaja tersebut yang berusia 19 tahun memandu kenderaan jenis Honda City, menurut laporan Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, siasatan awal mendapati remaja tersebut ingin pulang ke rumah dan sedang menuju keluar dari tempat parkir tersebut.

“Apabila tiba di lokasi, pemandunya tertekan pedal minyak dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi dan jatuh ke bawah. Kereta mangsa turut terkena bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga yang berada di bahu kiri jalan tingkat bawah,” katanya.

Remaja tersebut dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala tiada pemandu dilaporkan berada di dalam kenderaan Proton Saga tersebut. Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy