Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera selepas melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di KM 24 Jalan Feri, dekat Hutan Melintang, malam tadi, menurut laporan BuletinTV3.
Menurut Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali, siasatan mendapati kedua-dua penunggang motosikal masing-masing berusia 37 dan 38 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke arah Hutan Melintang dari Sabak Bernam.
“Setiba di tempat kejadian, kedua-dua lelaki terbabit terlanggar lima lembu yang melintas jalan. Akibat perlanggaran itu, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. Mangsa berusia 38 tahun pula mengalami cedera ringan,” katanya.
Sementara itu, seorang pemandu lori lelaki dan seorang pemandu kereta lelaki dari arah bertentangan dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?