NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tanah Runtuh di Brinchang, Cameron Highlands – Laluan Terhalang, Kenderaan Rosak

Tanah Runtuh di Brinchang, Cameron Highlands – Laluan Terhalang, Kenderaan Rosak

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Jalan Besar Brinchang Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market, hari ini, menurut laporan Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli, pihak polis menerima panggilan telefon kecemasan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 11 pagi tadi.

Akibat dari tanah runtuh tersebut, laluan tersebut telah terhalang oleh gumpalan tanah yang runtuh, pokok-pokok dan tiang elektrik berhampiran yang telah tumbang.

“Sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan itu rosak akibat terhempap dengan tiang eletrik yang tumbang. Walau bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Kerja-kerja pembersihan laluan sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut dan menghubungi Bilik Gerakan (DCC) di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy