Seorang Lelaki Maut, Terbabas Selepas Elak Lopak Air

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dipercayai kerana mengelak sebuah lopak air di Persiaran Sultan, Shah Alam, semalam, menurut laporan Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.11 petang.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 48 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) ke pusat bandar Shah Alam.

“Sampai di lokasi, mangsa dipercayai cuba mengelak lopak air di lorong paling kiri sebelum hilang kawalan lalu terbabas,” katanya.

Mangsa telah terjatuh di lorong paling kanan dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD