NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kerajaan Akan Umum Peruntukan Baiki dan Naik Taraf Jalan di Pelabuhan Klang – Anwar Ibrahim

Kerajaan Akan Umum Peruntukan Baiki dan Naik Taraf Jalan di Pelabuhan Klang – Anwar Ibrahim

Kerajaan akan mengutamakan isu penyelenggaraan dan pelebaran jalan raya di Pelabuhan Klang pada Belanjawan akan datang sebagai langkah untuk menambah ekonomi dalam sektor pengangkutan, menurut laporan Sinar Harian.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bersetuju dan telah mengarahkan kerajaan untuk meneliti kelulusan peruntukan untuk membaiki jalan sedia ada di kawasan pelabuhan walaupun mengambil sedikit masa.

Sebagai pelabuhan utama dengan menduduki 5 tangga tertinggi dunia, kerajaan akan terus memberi sokongan kepada pembangunan infrastruktur bagi Pelabuhan Klang khususnya di Pelabuhan Barat (Wesport).

“Dengan kemajuan ekonomi pelaburan yang meningkat, saya harap pendapatan juga lebih tinggi dengan pendapatan dari hasil negara melalui kutipan cukai termasuklah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia lebih tinggi. Mungkin kita dapat menyegerakan dan saya setuju supaya kita letakkan jalan raya sebagai keutamaan kita dalam merancang pertumbuhan untuk tahun depan.

“Tahap kemalangan yang tinggi, tetapi kos pembinaan juga sangat tinggi. Saya akan segera berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana ada dalam keupayaan kita untuk menyegerakan pelebaran jalan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy