Tular semalam kemalangan yang telah dialami oleh Iman Kamil, seorang Tiktoker yang sering memuat naik content mengenai produk-produk gajet dan yang terbaru ini mengenai sebuah EV miliknya iaitu MG4.
Menerusi paparan dashcam kereta di belakangnya, dapat dilihat bahawa Iman Kamil sedang memecut laju di lorong kanan dalam keadaan cuaca hujan lebat. Tak lama selepas itu, MG4 tersebut telah melanggar sebuah lori di bahagian sisi hadapan lalu telah melanggar divider.

Bahagian hadapan MG4 tersebut mengalami kerosakan yang teruk dan berkemungkinan besar total loss. Menerusi gambar dan video yang telah dimuat naik orang ramai dan Iman Kamil, kerosakan besar pada bahagian enjin, cermin hadapan dan juga air bag di bahagian pemandu dan penumpang hadapan dapat dilihat selepas kemalangan terbabit berlaku.
Berdasarkan tinjauan kami di media sosial, sebahagian netizen meluahkan rasa marah dengan gaya pemanduan yang dilakukan oleh Iman Kamil. Ia dilihat berbahaya dan telah mencetuskan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang tidak bersalah.
Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pengguna jalan raya diminta untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan mengambil iktibar dari kemalangan yang berlaku di sekeliling kita.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?