NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tiada Larangan Pergerakan Kenderaan Berat Sempena Perayaan Deepavali

Tiada Larangan Pergerakan Kenderaan Berat Sempena Perayaan Deepavali

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Zahrul Hakim Abdullah menjelaskan bahawa tiada larangan kenderaan berat di lebuh raya sempena perayaan Deepavali.

Ia adalah kerana ia perlu ditentukan melalui warta kerajaan dan setakat ini ia hanya dikenakan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri sahaja, menurut laporan Harian Metro.

“Warta oleh kerajaan maknanya untuk menentukan lebuh raya yang tersebut kita larang kenderaan berat (gunakan untuk tempoh tertentu) memerlukan proses warta atau gazet.

“Jadi untuk Deepavali dan beberapa musim perayaan lain tidak dikenakan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya.

“Setakat ini yang dilaksanakan adalah untuk Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendan Khairul Azhar Ismail, turut berkongsi sekiranya berlaku kemalangan yang membabitkan kenderaan berat, JSPT PDRM sudah bersiap sedia untuk membantu bersama dengan pihak konsesi lebuh raya.

“Pihak PLUS sudah menyediakan semua lokasi utama untuk tindakan awal diambil bagi mengurangkan kesesakan. Kita memang tahu kenderaan berat apabila melepasi outbound akan membabitkan kesesakan terlalu lama.

“Sekiranya tidak dapat diselesaikan dengan tempoh yang ditetapkan kita akan laksanakan ‘mandatory exit’. Kami sudah melakukan persediaan sepenuhnya dengan menempatkan hampir 3,000 petugas di seluruh negara termasuk lebuh raya.

“Hampir 500 petugas akan ditempatkan di 28 sektor membabitkan 16 seksyen,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy