NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Lori Maut, Kelindan Cedera Parah – Lori Tangki Terbabas ke dalam Parit

Pemandu Lori Maut, Kelindan Cedera Parah – Lori Tangki Terbabas ke dalam Parit

Seorang pemandu lori tangki maut manakala kelindannya cedera parah selepas lori yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kilometer 263.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 10.49 pagi.

Seramai 15 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Kuala Kangsar telah dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk sesi menyelamat, menurut laporan Kosmo!.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki minyak tanpa muatan yang terbabas ke dalam parit dan terdapat dua orang mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.

“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit segera dilakukan menggunakan peralatan menyelamat.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 12.13 tengah hari namun pemandu lelaki dianggarkan berusia 40-an disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy