Dua lelaki warga emas dilaporkan maut awal pagi tadi selepas kereta yang dinaiki merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Seremban.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 3:42 pagi tentang kemalangan yang melibatkan sebuah Honda CRV.
“Kereta berkenaan melanggar pembahagi tol, menyebabkan kedua-dua lelaki berusia 65 tahun yang berada di hadapan kenderaan tersepit,” katanya.
Pasukan bomba segera bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seterusnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Sumber Bernama.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?