NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mercedes Sanggah Spekulasi GP Brazil Jadi Aksi Terakhir Hamilton

Mercedes Sanggah Spekulasi GP Brazil Jadi Aksi Terakhir Hamilton

Mercedes menafikan khabar angin bahawa Grand Prix (GP) Sao Paulo mungkin menjadi “last dance” terakhir Lewis Hamilton bersama mereka. Isu ini meletus susulan mesej radio pasukan pada hari Ahad lalu yang menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali itu melalui satu lagi hujung minggu yang mengecewakan bersama Mercedes apabila hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 di Sao Paulo. Kekurangan kepantasan dalam setiap pusingan turut menjadi persoalan buat Hamilton. Sumber Harian Metro.

Lebih mengejutkan ialah prestasinya dalam keadaan litar basah, di mana sebelum ini beliau sering mempamerkan kelebihan dalam keadaan tersebut. Satu tanda tanya besar buat peminat, adakah ini sekadar “drama” biasa atau isyarat sesuatu yang besar akan berlaku?

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy