Honda Malaysia telah membuat panggilan semula untuk sekitar 36,000 unit yang melibatkan model Civic, Civic Type R, dan CR-V untuk menangani isu berpotensi dengan kotak gear Electric Power Steering (EPS).
Roda cacing pada kotak gear EPS mungkin mengembang, yang boleh mengurangkan lapisan gris dan menyebabkan bunyi stereng yang luar biasa atau stereng yang melekit.
Berikut adalah merupakan perincian penuh bagi model yang terlibat dalam panggilan semula ini:
Honda Civic – 2022-2024
Honda Civic Type R – 2023-2024
Honda CR-V – 2024
Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa model lain tidak terjejas. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan utama, sebab itulah panggilan semula ini dilakukan.
Pelanggan yang terjejas akan menerima surat pemberitahuan dengan arahan lanjut, termasuk menghubungi pengedar sah untuk mengatur pemeriksaan atau pembaikan jika perlu.
Honda Malaysia akan menanggung semua kos untuk pemeriksaan, pembaikan, atau penggantian, dengan stok penggantian tersedia mulai Disember 2024. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, layari laman web productrecall.honda.com.my, atau menghubungi pengedar sah Honda.