Untuk membaiki jalan berlubang bagi Jalan Persekutuan, Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP), lapor Sinar Harian.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, tempoh 24 jam diperlukan dalam SOP yang telah ditetapkan untuk membaiki jalan berlubang di Jalan Persekutuan.
“Harapan kita supaya rakyat tidak mendapat kemudaratan sebagaimana berlaku di Johor, ada orang menyaman satu konsesi bandaran kerana kecederaan di kepala, badan, tangan dan kaki apabila motosikalnya terlanggar lubang.
“Konsesi itu diarah oleh mahkamah untuk membayar. Itu menjadi ingatan kepada kita untuk menjaga jalan di seluruh negeri dengan cepat, cermat dan tepat,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang penunggang motosikal yang cedera ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor pada 3 tahun lepas berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM721,000 dari syarikat penyelenggaraan jalan tersebut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?