NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sistem Pintu Platform Automatik di KL Sentral dan Tun Sambanthan Kini Beroperasi

Sistem Pintu Platform Automatik di KL Sentral dan Tun Sambanthan Kini Beroperasi

Sistem Pintu Platform Automatik (PAGS) di stesen KL Sentral dan Tun Sambanthan telah beroperasi sepenuhnya sejak 15 November lalu, umum Rapid Rail Sdn Bhd.

Pemasangan PAGS merupakan langkah penting untuk meningkatkan keselematan penumpang di platform termasuk dapat mengurangkan risiko kemalangan, menurut kenyataan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

“Ia juga dijangka memberi lebih keselesaan dan keyakinan kepada semua penumpang termasuk orang kurang upaya (OKU).

“PAGS direka untuk beroperasi secara serentak dengan pintu tren dan dilengkapi dengan tiga pintu keluar kecemasan serta skrin kekal di hujung platform bagi memperkukuhkan lagi ciri-ciri keselamatannya,” menurut kenyataan itu.

Selain pemasangan PAGS, Prasarana turut merancang untuk memasang lif, menaik taraf sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan menyediakan kemudahan tandas di semua 11 stesen monorel, lapor Sinar Harian.

Dalam fasa seterusnya, 4 stesen monorel di antara Maharajalela dan Bukit Bintang dijangka akan beroperasi dengan pemasangan PAGS sepenuhnya pada akhir bulan ini manakala 5 lagi stesen dijadualkan pada akhir bulan Disember.

“Sepanjang tempoh itu, penumpang dinasihatkan agar mengikuti arahan yang dipaparkan di stesen dan hubungi Pegawai Stesen atau Polis Bantuan jika bantuan diperlukan.”

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy