Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Menambahkan lagi kepentingan acara tersebut, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan (MOT), turut hadir memeriahkan majlis.
Antara tarikan utama yang ada pada KLIMS 2024 adalah GWM WEY 80 yang mewah dan Tank 500 yang lasak, kereta konsep futuristik EMO-II daripada Perodua, serta model baharu seperti Nissan e-Kicks dan Camry Hybrid serta Corolla Cross Hybrid daripada Toyota.
Selain itu, Mazda turut mempamerkan CX-60 dan CX-80 yang serba boleh, manakala KIA turut melancarkan Sportage yang baharu. MG Motor memperkenalkan Cyberster yang sporty, dan GAC Aion menampilkan pratonton model premium GAC M8 dan model elektrik ES. Honda mencuri tumpuan dengan Prelude yang ikonik, sementara Proton memperkenalkan S70 R3, yang baru sahaja beraksi di perlumbaan Sepang 1000KM. Jenama terkenal lain seperti Mitsubishi, Royal Enfield, dan Xpeng juga mempamerkan inovasi terkini mereka.
KLIMS 2024 menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan pelancaran kereta eksklusif, konsep futuristik, dan aktiviti menarik seperti simulator perlumbaan. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah hebat, termasuk Toyota Yaris 1.5G Limited, Perodua Axia, dan hadiah lain bernilai RM250,000.
Hampir 70 syarikat dan jenama automotif akan berada pada KLIMS 2024 dan pelbagai pameran, hadiah dan aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung. Antaranya adalah:
KLIMS 2024 akan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember 2024 dari jam 10 pagi hingga 8 malam (weekdays) dan 10 pagi hingga 10 malam (weekend dan PH). Anda boleh dapatkan tiket sekarang di https://reg.klims.com.my/