Perodua Perkenal eMO-II, Prototaip EV Kedua dari Perodua di KLIMS 2024

Perodua telah mempamerkan prototaip kedua kenderaan elektrik (EV) mereka yang dikenali sebagai eMO-II (disebut sebagai M-O-2) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) hari ini.

Untuk makluman, prototaip pertama EV mereka telah dipamerkan semasa Malaysia Autoshow 2024 pada Mei lalu yang dikenali sebagai Myvi Conversion eMo-1 kerana menggunakan model Myvi sebagai asas untuk membangunkan teknologi elektriknya.

“Prototaip ini adalah kesinambungan perjalanan pembuatan kereta elektrik (EV) kami yang mana teknologinya kami cipta sendiri dari awal. eMO-II telah ditambahbaik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya, menjadikannya lebih sempurna dan bersedia menuju masa depan EV kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad semasa sesi pelancaran eMO-II di sini.

Dapat dilihat rekaan luaran eMO-II kini lebih moden dan futuristik, di mana ia menggabungkan keunikan warisan Malaysia berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED di bahagian hadapan.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar model prototaip dan bukan produk akhir yang Perodua akan lancarkan untuk model keluaran EV mereka. Akan ada lagi penambahbaikan yang akan dimasukkan pada model rasmi mereka yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Turut menjadi tanda tanya adalah bagaimana Perodua akan meletakkan tanda harga bagi keluaran model EV pertama mereka? Berdasarkan kenyataan Dato’ Sri Zainal Abidin, ia akan dijual pada harga bermula dari RM50,000 sehingga RM90,000.

Selain daripada eMO-II, Perodua turut mempamerkan kereta konsep Ativa Fuze serta perjalanan Perodua selama 30 tahun di KLIMS 2024. Perodua mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke ruang pamerannya untuk melihat sendiri kenderaan yang dipamerkan serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD