Kemalangan Maut Melibatkan Kenderaan Berat Meningkat

Kemalangan Maut Melibatkan Kenderaan Berat Meningkat

Berdasarkan statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), 825 buah lori dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan maut sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Ini bermakna, 3 buah lori sehari secara purata terlibat dalam kemalangan, dan telah menyumbang kepada 5,364 kematian berbanding 6,024 kematian sepanjang 2023, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, daripada keseluruhan 17,905 kenderaan dilaporkan terlibat dalam kemalangan maut dari Januari hingga Oktober, sebahagian darinya datang dari kenderaan berat.

“Daripada jumlah itu, 15,402 pula melibatkan kereta, diikuti motosikal (1,040), pacuan empat roda (619) dan pejalan kaki (19),” katanya.

Selain itu, sebanyak 38,367 saman trafik juga telah dikeluarkan kepada kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga September tahun ini.

“Kita juga telah menyita 177 pelbagai kenderaan perdagangan, selain turut maklum mengenai peningkatan kemalangan membabitkan kenderaan berat sejak kebelakangan ini,” katanya.

Antara kesalahan utama adalah brek tidak berfungsi, tiada bunga tayar dan lampu signal serta membawa muatan lebih dan berbahaya. Lori kecil, treler dan lori kontena merupakan penyumbang tertinggi kes kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan.

Pihak polis sentiasa proaktif dan tegas ketika menjalankan operasi penguatkuasaan untuk menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD