7 orang termasuk kanak-kanak berusia 2 tahun dilaporkan maut dalam nahas kemalangan yang membabitkan 5 buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.40 malam itu melibatkan sebuah bas ekspres, dua treler, Toyota Estima dan Perodua Bezza.
Siasatan awal mendapati sebuah treler dan bas sedang dalam perjalanan menghala ke selatan dari arah utara, lapor BuletinTV3.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kanan treler berkenaan tercabut dan berada di tengah-tengah lebuh raya. Kemalangan berlaku apabila sebuah bas terlanggar tayar itu dan pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Bas terbabit kemudian berlanggar dengan Perodua Bezza, menyebabkan kereta itu terbabas ke lorong kiri dan melanggar penghadang jalan. Bas itu kemudiannya bertembung dengan sebuah lagi treler dan sebuah Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga,” katanya.
Kemalangan terbabit telah mengorbankan pemandu bas, seorang penumpang serta pemandu Toyota Estima dan 4 orang penumpangnya di lokasi kejadian.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. Semua kenderaan yang terlibat juga akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kenderaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?