Satu kemalangan tragis berlaku di Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (KM 212.3 arah selatan) awal pagi ini, mengorbankan nyawa seorang ibu berusia 24 tahun, Nor Fadhilah Mohd Azlan, dan anak lelakinya yang berusia dua tahun.
Menurut laporan New Straits Times, kejadian berlaku pada jam 5 pagi, melibatkan sebuah Proton Wira dan Perodua Kelisa. Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5:15 pagi.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, orang awam membantu mengeluarkan kesemua enam mangsa yang terlibat.
Malangnya, ibu dan anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis. Empat mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan. Operasi menyelamat tamat pada jam 7:10 pagi.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?