NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Penuntut UTeM Maut, Langgar Penghadang Besi di Lebuhraya Utara-Selatan

Dua Penuntut UTeM Maut, Langgar Penghadang Besi di Lebuhraya Utara-Selatan

Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala 2 lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh penghadang besi di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, semalam.

Mangsa merupakan Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun dan dilaporkan maut akibat cedera parah di bahagian kepala, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, siasatan mendapati kenderaan jenis Perodua Myvi sedang dalam perjalanan menghala ke Melaka dari Johor. Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah melanggar penghadang besi di jalan sebelah kiri.

“Mangsa yang maut adalah penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri manakala dua lagi mangsa berusia 20 dan 21 tahun cedera di bahagian kaki.

“Kita percaya mereka ini bercadang untuk bertukar pemandu di susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy