Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling bakal mempunyai koc wanita bermula 31 Disember ini, umum Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL.
Rapid Rail mula melaksanakan inisiatif ini di Laluan Kajang pada 18 September 2023 dan seterusnya berkembang di Laluan Putrajaya pada 8 April 2024. Laluan Ampang/Sri Petaling ini bakal menjadi laluan ketiga di bawah pengurusan Rapid Rail, lapor Astro Awani.
“Inisiatif ini bertujuan memberikan pengalaman perjalanan lebih selesa kepada penumpang wanita, yang mewakili kira-kira 60 peratus daripada jumlah pengguna perkhidmatan rel Rapid KL.
“Dengan adanya koc wanita, penumpang wanita dijangka dapat menikmati perjalanan lebih tenang tanpa rasa bimbang tentang keselamatan mereka.
“Sejak pengenalan koc wanita di Laluan Kajang, insiden gangguan tidak diingini telah menurun sebanyak 22 peratus sehingga November lalu, manakala Laluan Putrajaya menyaksikan penurunan kes dengan ketara sebanyak 50 peratus sejak pelaksanaannya pada April lalu,” kata Rapid Rail.
Pelekat khas berwarna merah jambu akan diletakkan di bahagian tengah tren untuk menandakan koc wanita di 36 stesen dan 45 tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling.
“Koc wanita ini terbuka kepada penumpang wanita dari semua peringkat umur, serta kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah yang ditemani penjaga wanita.
“Bagi komuniti Orang Kurang Upaya termasuk penjaga, mereka diberikan keutamaan untuk menggunakan mana-mana gerabak tren,” ujarnya.
Selain itu, pemantauan berkala juga akan dibuat oleh polis bantuan di dalam tren dan stesen untuk memastikan semua pengguna LRT mematuhi etika penggunaan koc wanita.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?