Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini telah melaksanakan Ops Mengejut di Puspakom seluruh negara untuk memastikan setiap kenderaan yang diperiksa mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, susulan dengan pengumuman dari Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang inginkan pihak JPJ menjalankan penguatkuasaan secara berfasa, operasi hari ini dilakukan tanpa memberitahu pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Fasa pertama telah dilakukan oleh JPJ iaitu sekatan jalan raya di beberapa lebuhraya terpilih manakala fasa kedua merupakan pemeriksaan mengejut di Puspakom seluruh negara hari ini.
“Dalam operasi hari ini di Puspakom Wangsa Maju bagi tempoh dua jam, JPJ telah melakukan pemeriksaan ke atas 115 lori dan mengeluarkan 69 notis saman serta 29 kenderaan telah diambil tindakan.
“Selain itu, tujuh kenderaan masing-masing lima kereta dan dua lori telah disita,” katanya.
Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori juga telah berjaya dikesan seperti menggunakan tayar celup yang tidak selamat dan uzur.
“Ketua Setiausaha MOT telah memaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom (Mahmood Razak Bahman) untuk membuat penambahbaikan segera dalam hal ini kerana kebanyakan tayar ini mudah pecah dan jika tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan kemalangan,” ujarnya.
Turut dilaporkan bahawa terdapat sebuah kenderaan yang dianggap tidak selamat telah lulus dalam pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju pada hari ini.
Rentetan dari isu terbabit, penyelia dan kakitangan Puspakom yang bertanggungjawab untuk pemeriksaan itu telah dipanggil ke ibu pejabat JPJ pada esok hari untuk disoal siasat.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?