Tular sebuah video di media sosial baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan geng basikal lajak yang dipercayai remaja bawah umur sedang didenda ketuk ketampi beramai-ramai oleh beberapa anggota polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Turut kelihatan barisan basikal lajak di belakang mereka dan dipercayai ditahan kerana telah menunggang basikal lajak di sekitar ibu kota pada malam ambang tahun baru 2025, lapor BuletinTV3.
Tinjauan di ruangan komen mendapati sebahagian besar netizen menggelakkan dan juga memuji tindakan yang dilakukan oleh anggota polis trafik dan JPJ untuk mendidik kumpulan remaja bawah umur tersebut.
Susulan dengan sambutan ambang tahun baharu 2025, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dan JPJ telah menjalankan operasi untuk memantau keadaan trafik dan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang lalu lintas di sekitar ibu kota sehingga awal pagi.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?