Kerajaan bakal memperkenalkan pendekatan baharu untuk menentukan kelayakan subsidi RON95, iaitu berdasarkan pendapatan boleh guna bersih dan bukan lagi mengikut pengkelasan B40, M40 atau T20.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menjelaskan bahawa cadangan ini sedang melalui proses penilaian dalaman kerajaan dan pengumuman rasmi dijangka dalam beberapa minggu akan datang.
“Kami di Kementerian Ekonomi telah mencadangkan peralihan ini sejak awal 2023. Jika diluluskan, pendekatan ini akan membolehkan 85 peratus isi rumah yang layak menerima subsidi dikenalpasti dengan lebih tepat,” katanya selepas menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) hari ini.
Pengumuman dan Pelaksanaan Berperingkat
Menurut Rafizi, kerajaan akan membuat dua pengumuman besar dalam masa terdekat:
Namun, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan penyasaran semula subsidi ini perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Kabinet sebelum sebarang maklumat rasmi dimaklumkan kepada rakyat.
“Langkah ini akan dilakukan secara berperingkat, dan beberapa pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa bulan sebelum pelaksanaan penuh dilakukan,” tambah Rafizi.
Pendekatan baharu ini diharap dapat memastikan subsidi RON95 disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekaligus meningkatkan kecekapan pengurusan ekonomi negara.
SUMBER : Berita Harian