Dua nyawa melayang dalam sebuah kemalangan tragis melibatkan dua motosikal di persimpangan Jalan Kampung Gombang/ Kampung Batu 28, Lenga, petang semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang itu meragut nyawa Md Isa Md Yasan, 69, seorang warga emas, dan Abdul Hamid, 41, seorang warga Indonesia.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, insiden bermula ketika Abdul Hamid sedang menunggang motosikal dari arah Lenga menuju ke Gombang.
“Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Md Isa keluar dari simpang secara tiba-tiba, menyebabkan pertembungan tak dapat dielakkan,” jelasnya.
Akibat rempuhan itu, Md Isa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Pihak polis kini giat menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Insiden ini menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, terutama ketika berada di persimpangan jalan.
SUMBER : Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?