Satu lagi insiden pokok tumbang telah berlaku pagi tadi di Jalan Pudu-Bukit Bintang dan mengakibatkan seorang ibu dan anak perempuannya cedera dalam insiden tersebut.
Mangsa merupakan seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun telah terperangkap dalam sebuah kenderaan jenis Honda City, sebelum diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), lapor Berita Harian.
Menurut Komander Operasinya, Md Izzat Ahmad, panggilan kecemasan diterima oleh pihak bomba sekitar jam 10 pagi tadi dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah serta Pudu membabitkan kekuatan 15 anggota telah dikejarkan ke lokasi.
“Pasukan yang tiba di lokasi memaklumkan terdapat pokok tumbang menghalang jalan raya dan menghempap sebuah kereta. Kejadian membabitkan dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang remaja perempuan mengalami cedera ringan,” katanya.
Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan lanjut dan kerja-kerja pembersihan telah dibantu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?