NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Pandu Lawan Arus, Tiga Kenderaan Terbabit Kemalangan

Lelaki Pandu Lawan Arus, Tiga Kenderaan Terbabit Kemalangan

Seorang lelaki berusia 28 tahun yang memandu lawan arus sehingga menyebabkan kemalangan tiga kenderaan di Jalan Chain Ferry, Sabtu lalu, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek ditahan pada jam 4 petang Ahad. Ujian air kencing mendapati dia negatif dadah, dan permohonan reman dibuat untuk ujian darah serta siasatan lanjut.

Kemalangan berlaku sekitar jam 2.15 petang apabila kereta suspek memasuki laluan bertentangan lalu melanggar pacuan empat roda. Pelanggaran itu turut menyebabkan dua lagi kenderaan dirempuh.

Dua pemandu mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi tidak cedera. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi BSPT IPD SPU di talian 04-5741421. Video dan gambar kejadian ini turut tular di media sosial, mencetuskan kemarahan dan simpati netizen.

Sumber : Bernama

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy