NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tular Video Pelanggan Tampar Staf Puspakom, Didapati Kerana Gagal Ujian Brek

Tular Video Pelanggan Tampar Staf Puspakom, Didapati Kerana Gagal Ujian Brek

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan seorang kakitangan Puspakom ditampar oleh seorang pelanggan ketika sedang menjani pemeriksaan kenderaan di Puspakom cawangan Johor Bahru. Rentetan dari video tersebut, Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut berlaku.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, hasil siasatan mendapati pelanggan tersebut berkelakuan sebegitu kerana kenderaan perdagangan yang dibawanya gagal dalam ujian brek semasa Pemeriksaan Berkala, lapor Sinar Harian.

“Kegagalan itu mendorong suspek bersemuka dengan pemeriksa kenderaan Puspakom yang terlibat lalu menyerang petugas tersebut secara tiba-tiba,” katanya.

Tambah beliau, sebarang bentuk keganasan adalah tidak dibenarkan kepada semua kakitangan Puspakom, lebih-lebih lagi apabila keputusan pemeriksaan jelas menunjukkan kenderaan yang diperiksa adalah tidak selamat untuk dipandu di jalan raya.

“Sepatutnya pelanggan yang menerima keputusan pemeriksaan seperti ini mengambil iktibar dan segera membaiki keadaan kenderaan demi keselamatan mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, bukan bertindak agresif menyerang pekerja kami,” katanya.

Untuk mengelakkan kejadian yang sama dari berulang, pihak Puspakom sedang menganalisis untuk memperketatkan lagi keselamatan di dalam premis Puspakom.

“Keselamatan di tempat kerja bagi warga Puspakom adalah keutamaan kami dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar ini tanpa pengecualian.

“Kami tidak akan bertoleransi atas kelakuan sebegini dan akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan pelaku menerima hukuman yang setimpal,” katanya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD