NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kerajaan Pantau Harga Tambang Bas Ekspres Menjelang Aidilfitri

Kerajaan Pantau Harga Tambang Bas Ekspres Menjelang Aidilfitri

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menjalankan pemantauan terhadap harga tiket bas ekspres bagi memastikan tiada kenaikan tambang yang tidak munasabah sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa sebarang kenaikan harga yang tidak berpatutan akan diambil tindakan memandangkan kerajaan telah memberi kebenaran kepada pengusaha bas ekspres untuk mengenakan surcaj sebanyak 10 peratus kepada penumpang ketika musim perayaan.

“Tambang bas ekspres masih berada di bawah kawalan harga, dan syarikat pengendali tidak dibenarkan menaikkan kadar tambang sesuka hati. Surcaj 10 peratus ini merupakan amalan biasa yang telah dilaksanakan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika mengulas dakwaan berhubung kenaikan harga tambang bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri.

Pada 22 Mac 2024, Anthony Loke dilaporkan berkata bahawa surcaj 10 peratus ini mengambil kira pelbagai faktor, termasuk peningkatan kapasiti perkhidmatan bas serta kos penyewaan bas tambahan.

Beliau turut menjelaskan bahawa surcaj tersebut hanya dibenarkan dikenakan dalam tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas hari perayaan, bagi memastikan keseimbangan antara kos operasi syarikat bas dan kepentingan pengguna. Sumber Bernama.

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy