Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menghadiahkan sebuah kenderaan elektrik (EV) Togg T10X berwarna putih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbol persahabatan mereka.
Selepas menerima SUV itu, Anwar memandunya ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan. Di sana, mereka menghadiri majlis pertukaran perjanjian, sidang media bersama, dan jamuan tengah hari.

Menurut laporan Bernama, Togg merupakan pengeluar EV nasional utama pertama Turkiye dan telah ditubuhkan pada tahun 2018. Terdapat 2 varian yang ditawarkan untuk model ini iaitu Rear-Wheel Drive (RWD) dan All-Wheel Drive (AWD).
Bagi varian RWD, ia mampu menghasilkan tujahan kuasa sebanyak 218 HP dan 350 Nm tork manakala untuk varian AWD sebanyak 436 HP dan 700 Nm tork. Pek bateri jenis lithium-ion berkapasiti 52.4 kWh mampu capai gerak sehingga 314 km manakala pek bateri berkapasiti 88.5 kWh mampu capai sehingga 523 km.
Terdahulu, Erdogan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra. Beliau kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar, diikuti dengan perbincangan dua hala.
Sumber & Kredit : Akaun Rasmi FB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?