Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menafikan bahawa kegagalan Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) merupakan punca seorang lelaki cacat penglihatan (OKU) maut selepas terjatuh dan dilanggar tren pada Sabtu lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau yakin kerana tren tersebut berhenti serta-merta selepas perlanggaran berlaku walaupun siasatan kes masih lagi sedang dijalankan.
“Saya tidak fikir begitu (kegagalan sistem) kerana kalau ada apa-apa objek jatuh dalam landasan, secara automatik sistem akan berhenti.
“Cuma dalam kes ini agak menyedihkan kerana mangsa jatuh ketika tren itu sudah sampai menyebabkan sistem pada tren tidak sempat dihentikan.
“Saya tak mahu merumuskan punca kejadian sehingga siasatan selesai, tetapi sudah tentu bukan atas faktor kegagalan sistem,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga tempatan telah terjatuh ke landasan dan maut akibat digilis tren di Stesen LRT Titiwangsa, Kuala Lumpur. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas dijumpai di bawah landasan rel tren.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?