NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Wanita Maut Tercampak di bawah Lebuhraya DASH, Dipercayai Hilang Kawalan

Seorang Wanita Maut Tercampak di bawah Lebuhraya DASH, Dipercayai Hilang Kawalan

Seorang wanita telah dilaporkan meninggal dunia akibat tercampak dari motosikalnya ke bawah lebuhraya bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) dalam nahas kemalangan jalan raya pada petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Sharulnizam Jaafar, pihak polis menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 6.50 petang.

“Hasil siasatan mendapati mangsa wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh.

“Motosikal mangsa telah berlanggar dengan sebuah kereta yang berada di hadapannya. Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah tercampak dan jatuh ke bawah ‘flyover’,” ujarnya di laporan Kosmo!.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang info mengenai kemalangan diminta untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy